Hubungan dengan Malaysia Lee_Kuan_Yew

Pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok

Lee Kuan Yew memang tidak bersetuju dengan cadangan untuk merobohkan Tambak Johor dan membina jambatan baru. Tun Dr Mahathir Mohamad telah berunding dan berutus surat dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong pada 4 Mac, 2002. Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak. Lee berkali-kali menyatakan tidak.

Kerja merobohkan Tambak Johor akan menyebabkan operasi paip air dari Johor ke Singapura terganggu. Sedangkan Malaysia bertanggungjawab di bawah Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965. Malaysia perlu mendapatkan kebenaran daripada Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB) bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok.[39]

Realiti Cina Malaysia dan Indonesia

Pada 2 Oktober 2006, Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew menuduh masyarakat Cina di Malaysia dipinggirkan secara sistematik. Tuduhan itu dibuat semasa perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Larry Summers. Setelah Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi memohon penjelasan, Lee kemudian meminta maaf. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak ada niat untuk masuk campur dalam politik Malaysia, malah beliau tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi politik Malaysia atau menghasut orang-orang Cina di Malaysia. Hakikatnya beliau kurang bercakap berbanding apa yang tertulis dalam buku beliau yang diterbitkan pada 1998. Hubungan Singapura dengan Malaysia memang bermasalah selama sedekad sebelum Abdullah. Surat mohon maaf itu dihantar ke pejabat Abdullah di Putrajaya oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, T. Jasudasen.[40]

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyanggah tohmahan Lee Kuan Yew. Beliau menyatakan bahawa orang Cina di Malaysia menyandang jawatan Jeneral, Mejar Jeneral dan sebagainya tetapi tidak bagi orang Melayu di Singapura. Malah pendapatan per kapita amat jauh lebih tinggi berbanding dengan orang Cina di Singapura. Orang Melayu Singapura ditekan, dipinggirkan dan ditindas. Dia sebenarnya dipinggirkan oleh orang Cina di seluruh dunia.[41]

Rujukan

WikiPedia: Lee_Kuan_Yew http://74.125.153.132/search?q=cache:Sdin6wUl6QUJ:... http://74.125.153.132/search?q=cache:V4FNeCr4ATcJ:... http://www.fridae.asia/newsfeatures/2011/01/28/105... http://www.smh.com.au/articles/2007/03/28/11747615... http://www.abs-cbnnews.com/global-filipino/world/0... http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Singapor... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Singapore... http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Singapore... http://news.asiaone.com/news/singapore/family-bids... http://www.bangkokpost.com/news/asia/172827